Tuchel Bengang Melihat Pengadil Bermesra Dengan Carlo Ancelotti

Thomas Tuchel tampil menghentam pengadil kerana membatalkan gol jaringan Marcos Alonso selepas Chelsea sah tersingkir dari saingan Champions League musim ini.

Tuchel juga turut menegaskan yang beliau langsung tak gembira melihat pengadil perlawanan sempat berbual dengan pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti.

Ia jelas hari yang sangat menyakitkan untuk skuad kendalian Thomas Tuchel itu dengan mereka sebenarnya sudah sangat hampir untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Walau bagaimanapun, mereka terpaksa akur Real Madrid berjaya menjaringkan gol penyamaan (ikut aggregate) seterusnya membawa perlawanan ke aksi tambahan masa.

Chelsea bermain dengan sangat baik sepanjang perlawanan dengan mereka jelas sekali turun dengan misi membalas dendam atas kekalahan 3-1 di Stamford Bridge sebelum ini.

Hat-trick dari Karim Benzema membantu Real Madrid untuk menewaskan Chelsea dalam perlawanan itu, dengan bintang Perancis itu sekali lagi menjadi wira Los Blancos selepas meledak gol kemenangan dalam aksi leg kedua hari ini.

Gol jaringan Mason Mount dan Antonio Rudiger di Santiago Bernabeu berjaya untuk memastikan Chelsea mengikat kedudukan secara aggregate.

Alonso kemudiannya berjaya menjaringkan gol pendahuluan untuk Chelsea (secara aggregate) namun malang sekali gol itu dibatalkan oleh pengadil.

Pengadil dan VAR mengesahkan yang gol itu tak boleh dikira dan Thomas Tuchel jelas sekali langsung tidak gembira dengan keputusan Szymon Marciniak itu.

Beliau merasakan Syzmon Marciniak sepatutnya pergi melihat monitor sendiri untuk sahkan adakah patut atau tidak untuk gol Alonso itu dibatalkan.

“Saya tak nampak gol itu patut dibatalkan. Saya sangat, sangat kecewa kerana pengadil tak pergi semak sendiri keputusan itu. Betul-betul mengecewakan.”

Jelas pengurus dari Jerman itu kepada BT Sport selepas tamat perlawanan.

“Saya ada perasaan yang kedua-dua perlawanan seperti 51 kepada pihak sana atas keputusan yang dibuat. Memang itulah kamu kena hadap jika bertemu Real Madrid di pentas Champions League. Nasib malang hari ini.”

Sebenarnya bukan hal itu sahaja yang membuatkan Thomas Tuchel kecewa dengan Marciniak dari perlawanan pada hari ini.

Beliau turut meluahkan rasa tak puas hatinya kepada pengadil perlawanan kerana sempat berbual mesra dengan Carlo Ancelotti.

Tuchel mendakwa yang pengadil perlawanan sangat tak profesional kerana ketawa dan berbual dengan Ancelotti.

Beliau akui yang Carlo Ancelotti sememangnya seorang individu yang baik dan peramah, namun keputusan pengadil pergi beramah mesra itu jelas sekali beliau tak terima.

“Saya sangat kecewa melihat pengadil bermesra dengan Carlo.”

Jelas Tuchel ketika sidang media selepas tamat perlawanan tersebut.

“Saya tahu Carlo seorang yang gentleman dan seorang yang baik tapi ketika saya mahu pergi ke sana dan mahu ucap terima kasih, saya nampak dia senyum dan ketawa dengan kuat dengan pengurus lawan.”

“Saya rasa ia adalah masa yang sangat, sangat, sangat tak tepat untuk lakukan hal itu selepas wisel penamat, 126 minit pemain memberikan segalanya dan berjuang hingga habis perlawanan.”

“Ketika kamu pergi dan lihat pengadil senyum dan ketawa dengan pengurus lain, ia jelas waktu yang tak sesuai. Saya sendiri beritahu dia.”

Bukan hanya Tuchel dari kem Chelsea yang tak gembira dengan hal dalam perlawanan tersebut, dengan Antonio Rudiger turut dilihat tak gembira dengan persembahan rakan sepasukannya.

Antonio Rudiger dilihat bengang dengan N’Golo Kante kerana beberapa kali melakukan kesilapan dalam perlawanan ini yang turut menyebabkan Real Madrid memperoleh gol.

Rudiger bengang dengan N’Golo Kante

N’Golo Kante tentunya terkejut dan terkedu selepas beliau dimaki hamun oleh Antonio Rudiger ketika aksi pertemuan bertemu Real Madrid awal pagi tadi.

Rudiger jelas beremosi selepas beliau terpaksa menguruskan kesilapan yang dilakukan oleh Kante dan sebaik beliau berjaya menyelamatkan keadaan beliau dilihat segera menjerit ke arah bintang Perancis itu.

Chelsea jelas sekali tidak bernasib baik selepas mereka tersingkir dari saingan Champions League walaupun berjaya mencatatkan kemenangan bertemu Real Madrid dalam aksi leg kedua di Santiago Bernabeu pagi tadi.

Tidak dinafikan yang Chelsea hari ini telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Seandainya bukan kerana kecemerlangan Luka Modric, Chelsea jelas sekali sudah memenangi permainan pada waktu sebenar perlawanan.

Karim Benzema berjaya membuktikan yang beliau sememangnya pemain harapan selepas beliau cemerlang meledak gol penting pada masa tambahan permainan.

Walaupun kesemua pemain Chelsea mengharungi perlawanan ini dengan sangat cemerlang, namun sayang sekali Kante jelas tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan ini.

Beliau terlibat dengan kedua-dua gol yang berjaya dijaringkan oleh Real Madrid dalam perlawanan ini dan menyebabkan Chelsea tersingkir.

Beliau juga sebenarnya hampir memberi ruang kepada Real Madrid untuk memperoleh gol lebih awal, namun mujur saja Antonio Rudiger menyelamatkan keadaan.

Dengan perlawanan pada ketika itu terikat secara aggregate, dan Chelsea sedang mendahului 2-0, pemain midfield itu terlalu mudah hilang bola dan dirampas oleh Toni Kroos di tengah padang.

Kroos beraya mara ke depan tanpa masalah dengan Kante turut gagal untuk melakukan tackle, dan memberi ruang kepada bintang Jerman itu untuk menghantar bola kepada Vinicius Jr.

Rudiger kemudiannya masuk mencabar bola dan beliau berjaya menyelamatkan keadaan lalu terus menjerit memarahi Kante.

Insiden itu berlaku lima minit sebelum Marcos Alonso meledak gol untuk Chelsea namun gol jaringan beliau itu dibatalkan oleh VAR.

Seminit selepas Timo Werner meletakkan Chelsea dihadapan, Luka Modric berjaya melakukan hantaran yang sungguh dasyat untuk gol yang dijaringkan oleh Rodrygo.

Kante memberi bola mudah kepada pasukan lawan ketika Karim Benzema meledak gol kemenangan untuk Real Madrid.

Kemenangan itu membawa Real Madrid ke peringkat separuh akhir dengan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu bakal berdepan pemenang dalam perlawanan antara City bertemu Atletico Madrid yang akan berlangsung awal pagi nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Tuchel Beri Nasihat Kepada Para Pemain Weymouth Selepas Menewaskan Mereka 13-0