Tuchel Dah Mula Gigil Dengar Ten Hag Laung Amaran Kat Bayern: “Kami Boleh Tewaskan Mana Mana Pasukan”

Pengurus Erik ten Hag berkata Manchester United melaungkan amaran bahawa Setan Merah boleh “menewaskan mana-mana lawan” dan mereka masih mensasarkan untuk mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

Kunjungan Bayern Munich pada awal pagi Khamis waktu Malaysia, adalah perlawanan terakhir kumpulan A untuk United selepas hanya memenangi satu daripada lima perlawanan sebelumnya.

United mesti menang untuk mara – dan berharap Copenhagen seri di tempat sendiri menentang Galatasaray.

“Kami tidak konsisten tetapi kami mempunyai persembahan yang baik,” kata Ten Hag. “Jika kami berada dalam semangat yang betul, kami mampu menewaskan mana-mana pasukan lawan kami.”

Ten Hag juga menegaskan skuad United sangat berbakat dan kena ada mentaliti yang betul untuk menyerlahkan potensi sebenar mereka, barulah mereka boleh mengalahkan Bayern Munich.

Keputusan seri menentang pendahulu kumpulan Bayern akan menyaksikan United menduduki tempat ketiga dan memasuki peringkat kumpulan Liga Europa, jika tiada pemenang antara Copenhagen dan Galatasaray.

Pemain pertahanan Victor Lindelof kekal diragui kecederaan untuk Red Devils, yang mengalami kekalahan 3-0 kepada Bournemouth di tempat sendiri dalam Liga Perdana Inggeris pada hari Sabtu.

Selain itu Ten Hag berharap Marcus Rashford dan Martial bersedia menentang Bayern setelah mereka mengalami sakit dan terlepas sesi latihan pada Isnin.

Dua pemain itu penting untuk Ten Hag kerana mereka sangat berpengalaman.

Tetapi Bayern juga mengalami kekalahan mengejut pada hujung minggu apabila juara Jerman itu dibelasah 5-1 oleh Eintracht Frankfurt dalam Bundesliga.

United tewas 4-3 di Munich pada September, kemudian kalah lagi 4-3 di Copenhagen dan seri 3-3 di Galatasaray bulan lepas.

Tuchel gigil dengar amaran Ten Hag

Bos Bayern, Thomas Tuchel menyatakan bagaimana pasukan Ten Hag telah menjaringkan lebih banyak gol berbanding pasukan lain dalam Kumpulan A tetapi rekod pertahanan mereka bermakna “mereka tidak mempunyai mata yang mencukupi untuk gol yang mereka jaringkan. Ia prestasi agak naik dan turun untuk mereka,” kata Tuchel.

Tuchel akui dia agak waspada dengan amaran Ten Hag itu. Kerana dia percaya United memiliki aura luar biasa.

Tetapi bekas jurulatih Chelsea itu menambah: “Ianya sentiasa berbahaya untuk bermain Manchester United. Mereka mempunyai aura tertentu, mentaliti tertentu yang sentiasa membuat mereka sangat sukar untuk ditewaskan.”

“Mereka boleh mengharungi fasa sukar dalam perlawanan mereka. Saya rasa ia adalah sebahagian daripada DNA kelab, bahawa mereka boleh mengatasi minit sukar dalam perlawanan dan masih menang, masih mencuri mata.”

“Kami telah melihat detik-detik kuat mereka, betapa kuatnya mereka, dan stadium memainkan peranan yang besar. Penonton beremosi dan stadium mencipta beberapa detik istimewa, jadi ia adalah tempat yang sukar untuk datang dan bermain tetapi ia adalah cabaran yang sangat baik untuk kita.”

United terkenal menjaringkan dua gol semasa minit akhir masa kecederaan untuk menewaskan Bayern 2-1 pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 1999 dan menjadi juara Eropah buat kali kedua.

“Perlawanan menentang Manchester United sentiasa perlawanan yang besar,” tambah Tuchel. “Ia adalah pentas besar, kelab besar – salah satu peringkat terbesar dalam bola sepak dunia. Ia mempunyai aura dan elektrik tertentu di sekelilingnya.

“Kami perlu bersedia untuk pasukan terbaik Man United kerana apabila mereka bagus, mereka benar-benar bagus.”

Akibat risau dengan amaran Ten Hag maka Tuchel mengesahkan dia akan menurunkan skuad terkuatnya. Dia tureut mengesahkan bahawa kapten England, Harry Kane akan bermain di Old Trafford, membuat penampilan kelab pertamanya di England sejak meninggalkan Tottenham ke Jerman pada musim panas lalu.

Jadi, Bayern tak akan ambil mudah perlawanan ini walaupun sudah mara. Bekas sasaran Manchester United, Harry Kane, 30, telah menjaringkan 18 gol dalam 13 perlawanan liga sejak menyertai Bayern dengan kontrak empat tahun, dengan bayaran awal 100 juta euro (£86.4 juta) serta tambahan bonus.

“Saya fikir setiap peminat akan mengharapkan Harry Kane dalam pasukan mereka,” kata Tuchel. “Sebab itu kami sangat berbangga kerana kami berjaya memikatnya dan kami berjaya mencurinya daripada Liga Perdana dan bola sepak Inggeris.”

“Dia kapten pasukan kebangsaan anda dan personaliti besar, pemain besar. [Dia] seorang yang sangat merendah diri dan rendah hati yang meminati bola sepak dan apa saja yang dia lakukan.”

“Dia adalah contoh dan kami sangat gembira, kami tidak boleh lebih gembira kerana dia bersama kami. Dia memberi kami banyak keyakinan dan, sudah tentu, banyak gol. Dia akan bermain esok. Saya tahu dia akan gembira berada di sini.”

BACA:  Ten Hag Laung Amaran: "Ini Titik Permulaan Kebangkitan Manchester United"