Twitter ‘Meletop’, Penyokong United Berpusu-Pusu Keluar Dari Gua Selepas Belasah Cardiff

Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pertama di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, Manchester United dengan mudah membelasah Cardiff City 5-1 di gelanggang lawan.

Beberapa pemain Setan Merah seperti Paul Pogba dan Jesse Lingard kembali bersemangat selepas tidak lagi bermain di bawah taktikal lapuk Jose Mourinho yang lebih mementingkan ‘parking bas’ dari menjaringkan gol.

Pogba Juventus kembali menjelma semalam. Selama ni United pakai Pogba beli dari China

Marcus Rashford membuka jaringan untuk United seawal minit ke-3. Tidak lama selepas itu, Ander Herrera dan Anthony Martial menambah jaringan untuk United bagi menjadikan kedudukan 3-1 sebelum tamat separuh masa.

Lingard yang pernah dikritik Mourinho sebelum ini, menambah derita Cardiff dengan menyumbat dua gol pada separuh masa kedua untuk menjadikan kedudukan akhir 5-1.

Penyokong Setan Merah yang sekian lama bertapa di dalam Gua Musang, keluar beramai-ramai dengan penuh keyakinan sambil melaungkan ‘We gonna win UCL this season’.

Tetapi ada juga kelompok peminat Setan Merah yang terlebih yakin berkata mereka akan memintas Liverpool walaupun jarak di antara kedua-dua pasukan ketika ini adalah 19 mata.

Namun begitu, bagi peminat Setan Merah yang masih waras dan mahir dalam ilmu matematik, mereka berkata cukuplah jika United berjaya meraih tempat ke-4 dalam liga musim ini sekaligus layak beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

United kini ketinggalan 8 mata di belakang penghuni tempat ke-4, Chelsea yang berkongsi mata yang sama dengan Arsenal. Lupakan sahaja Arsenal kerana selepas Krismas mereka akan mengalami kejatuhan seperti musim-musim sebelum ini.

Babyface assasin kembali menhangatkan Setan Merah yang sejuk beku di bawah Mourinho

Peminat Manchester United kembali optimistik dengan peluang mereka musim ini selepas melihat pemain mereka bermain seperti zaman Sir Alex Ferguson dahulu. Tiada lagi parking bas, hanya serangan bertali arus ke arah kubu lawan.

Dan buat pertama kali selepas Sir Alex Ferguson meninggalkan Old Trafford, Setan Merah berjaya menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan.

Laman sosial Twitter yang sering menjadi tempat peminat United bersembunyi, kembali meletup dengan status memuji persembahan pasukan mereka walaupun hanya berdepan dengan pasukan yang berada di zon relegasi.

Berikut adalah kompilasi terbaik kata-kata pujian penyokong Setan Merah terhadap pasukan mereka selepas membelasah Cardiff City.

BACA:  Raiola: Manchester United Jimat €100 Juta Ketika Beli Pogba