UCL: Aksi Kelakar Baik Hati Tahap Gaban Onana Sedekah Gol Untuk Bayern Munich

Penjaga gol Manchester United Andre Onana melakukan kesilapan besar dalam perlawanan menentang Bayern Munich sehingga memberikan kelebihan awal kepada pasukan tuan rumah.

Skuad kendalian Erik ten Hag membuka cabaran saingan peringkat kumpulan UEFA Champions League pada musim ini menentang kelab Bavarian itu selepas dimalukan Brighton 3-1 di Premier League dengan pelbagai isu luar padang dan kecederaan pemain utama.

Secara keseluruhan United beraksi dengan penuh yakin pada babak pertama perlawanan, walaupun Bayern mendahului pada minit ke-29 selepas kesilapan tahap gaban penjaga gol baharu mereka Onana.

Selesa kerana kurang terancam sebelum itu, hantaran Harry Kane kemudianya diikuti oleh rembatan kaki kiri Leroy Sane yang sebenarnya tidaklah berapa kuat. Percubaan sedemikian kebiasaannya diselamatkan dengan mudah oleh mana-mana penjaga gol.

Namun ketika Onana merebahkan badan untuk menyambut rembatan tersebut, bola bagaimanapun tertumbuk ke belakang untuk menerjah jaring.

Onana kemudiannya jelas goyah selepas kesilapan itu. Beberapa minit kemudaian Onana sekali lagi terpaksa mengeluarkan bola dari gawang sendiri selepas Serge Gnabry memanfaatkan cut-back Jamal Musiala dengan penyudah bola rendah ke sudut gawang United.

Ramai yang mempersoalkan ketangkasan Onana sebelum perlawanan ini, setelah penjaga gol itu dibolosi 10 kali daripada lima perlawanan pertama Premier League untuk United pada musim ini.

Onana, looked visibly shaken by the gaff, and minutes later was once again picking the ball out of his own net as Serge Gnabry latched onto a Jamal Musiala cut-back, and struck a low finish into the far corner.

Onana yang didatangkan dengan nilai £47.2 juta dari Inter Milan pada jendela perpindahan lalu sebelum ini dicanang sebagai antara penjaga gol terhebat bermain menggunakan kaki. Namun penjaga gol itu seolah-olah lupa tugas utamanya adalah untuk tidak dibolosi.

Onana pernah berkata: “Saya tidak berada di sini kerana hebat bermain guna kaki. Perkara terutama ialah untuk menyelamatkan keadaan daripada dibolosi. Sebab itulah saya berada di sini [bersama Man Utd].

“Perkara terpenting adalah pasukan harus menang. Jika pasukan memerlukan saya guna kaki, sudah pasti saya juga hebat main guna kaki. Tetapi ia bergantung kepada situasi, bermain blok tinggi atau ketika bermain blok rendah.

“Menjadi pengganti David [De Gea] bukan mudah. Permulaan musim ini bukan perkara yang kita semua mahukan. Ia [kembali hebat] akan tiba jua, saya sangat yakin.

“Kami harus berusaha meningkatkan prestasi permainan. Kami tidak bermula dengan baik tetapi saya yakin kami akan mengembalikan prestasi sepatutnya.

“Melihat usaha masing-masing, saya yakin dan teruja.”

BACA:  Data Buktikan Andre Onana Antara Penjaga Gol Paling Cemerlang Di Premier League Musim Ini