United Siapkan Dana £290 Juta Untuk Jendela Perpindahan Musim Panas

Manchester United dilaporkan akan berbelanja besar untuk jendela perpindahan pemain musim panas nanti.

Jadon Sancho dan Jack Grealish merupakan sasaran terbesar setan merah untuk memperkuat barisan serangan mereka musim hadapan.

Kini semua kegiatan bola sepak digantung ekoran dari penularan virus Covid-19 yang semakin memburuk terutama di benua Eropah.

Terdapat banyak persatuan bola sepak kini mengeluh kerana terkesan dengan penularan wabak itu dari segi ekonomi kelab.

Sedikit sebanyak merencatkan niat mereka untuk berbelanja pada jendela perpindahan pemain yang bakal dibuka musim panas nanti.

Tetapi kelihatannya setan merah masih mempunyai dana yang cukup dan dilaporkan mereka bakal berbelanja besar untuk mendapatkan pemain serangan yang berkualiti untuk memperkuat jentera serangan sedia ada.

Menurut The Evening Standard, setan merah dilaporkan akan mengeluarkan dana bernilai £290 juta untuk musim panas nanti.

£290 juta merupakan nilai tertinggi pernah dikeluarkan setan merah untuk satu jendela perpindahan selama ini.

Selain dari bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho dan ketua pasukan Aston Villa, Grealish, setan merah turut mahu mendapatkan James Maddison dari Leister City dan Jude Bellingham dari Birmingham City.

Sancho antara yang paling mahal dari kalangan pemain lain yang disenaraikan oleh setan merah dengan nilai harganya kemungkinan sekitar £120 juta.

Grealish pula dianggarkan bernilai lebih kurang £60 juta. Tetapi nilainya akan lebih bergantung kepada status pasukannya Villa di Premier League.

Untuk James Maddison, nilai terkini untuk pemain itu adalah £80 juta sementara Bellingham pula dilaporkan bernilai £30 juta.

Mungkin sukar untuk setan merah mendapatkan keempat-empat pemain tersebut dalam satu masa. Cuma niat mereka untuk mendapatkan tu ada.

Pengurus pasukan Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan bahawa beliau sudah menyediakan kertas kerja untuk menghadapi jendela perpindahan musim panas nanti.

Gary Neville turut berkongsi pandangan tentang jendela perpindahan yang bakal diharungi tidak lama lagi menerusi temu bual bersama Sky Sports.

Sebelum ini Solskjaer turut mengeluarkan kenyataan kepada Sky Sports dengan menyatakan:

“Bola sepak akan kembali beraksi dan berjalan seperti biasa tidak lama lagi, dan sangat penting untuk kami bersedia sebelum bermula.”

“Kami mahu menjadi yang terbaik untuk segalanya, sekarang semua acara digantung jadi kami mempunyai banyak masa, macam-macam perkara boleh dibincangkan ketika ini termasuk berkaitan pemain dan perancangan masa depan.”

“Kami merangka perancangan untuk apa yang kami mahu, sudah tentu untuk bahagian latihan kami akan bersedia untuk perbincangan taktikal dan sebagainya. Kami sentiasa berhubung melalui video call.”

“Kemudian dari segi pasaran, sukar untuk meramal pasaran diwaktu seperti sekarang, dan sukar juga untuk mengatahui pasukan mana yang mahu menjual pemain mereka.”

“Saya tahu dalam situasi sepeti sekarang akan ada yang cuba memandang rendah kepada kami. Tetapi kami Man United, kami adalah pasukan besar dan terbesar di dunia, kedudukan ekonomi kami sangat bagus.”

“Saya yakin kami mampu,apabila semua sudah kembali seperti biasa, kami akan laksanakan apa yang kami rancang.”

Nampak Ole punya yakin macam mana?jadi dengan dana yang disediakan tidak mustahil setan merah boleh menjadi kuasa besar dalam saingan Premier League musim hadapan.

BACA:  Bintang Man Utd Sanggup Terima Gaji Rendah Asal Dapat Tinggalkan Old Trafford