Van Dijk Anggap Liverpool Memang Layak Kalah

Virgil Van Dijk percaya yang Liverpool selayaknya untuk kalah dalam perlawanan bertemu Leicester City awal pagi tadi.

Beliau merasakan hal itu kerana The Reds tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka baik di posisi pertahanan mahupun serangan.

Liverpool terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 bertemu Leicester City awal pagi tadi, dengan mereka kini semakin jauh berada di belakang Manchester City.

The Reds bahkan turut berpeluang untuk mendahului perlawanan selepas Mo Salah dihadiahkan sepakan penalti, namun percubaan bintang Mesir itu berjaya diselamatkan oleh Kasper Schmeichel.

Ademola Lookman yang dibawa masuk pada aksi babak kedua permainan berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Leicester City dalam perlawanan ini.

Bercakap kepada laman rasmi kelab selepas tamat perlawanan, Van Dijk menyatakan bahawa:

“Saya rasa mereka berhak untuk menang, tapi jelas sekali ia kerana kami. Saya rasa kami sangat teruk di last third, pada pandangan saya, banyak hantaran silang yang berjaya mereka urus dengan baik.”

“Secara keseluruhannya adalah kami mempamerkan persembahan yang sangat tidak baik dan jelas sekali mereka tak banyak cipta peluang, tapi mereka nampak bahaya ketika melancarkan serangan pantas, itulah apa yang hebatnya dengan mereka.”

“Jadi pujian untuk mereka dan kita perlu lihat diri kita sendiri lepas ini. Semua orang perlu tengok cermin dan perbaiki diri dan itulah apa yang akan kami lakukan. Ia lumrah dalam bola sepak juga.”

Bercakap tentang kegagalan jentera serangan Liverpool menjaringkan gol walaupun terlalu banyak peluang yang berjaya dicipta, Van Dijk menyatakan bahawa:

“Kami akan terus berusaha sehingga ke akhir dan pada pandangan saya, kami cipta banyak peluang yang bagus. Sayangnya hari ini bukanlah hari kami untuk menjaringkan gol, penalti gagal, ia memang boleh berlaku.”

“Ia sangat mengecewakan untuk kami, tapi seperti saya katakan, ia sebahagian dari bola sepak, dan kita kena terima ini dengan lapang dada dan bersedia untuk perlawanan lebih besar hujung minggu nanti.”

Ketika ditanya adakah Liverpool sepatutnya bertahan dengan lebih baik untuk selamatkan percubaan dari Lookman, Van Dijk menjawab:

“Jelas sekali kamu sudah tentu tak mahu dibolosi langsung. Saya rasa kita telah beri dia ruang yang lebih dan membenarkan dia menggunakan kekuatan dia. Dia seorang yang mahir dalam menggelecek dan malang untuk kami dia jaringkan gol.”

Tapi kami masih ada detik yang kami bertindak dengan betul. Kami cipta peluang dan sepatutnya melakukan lebih baik, tapi secara keseluruhannya saya rasa Leicester boleh berbangga dengan persembahan mereka dan kamu juga harus berikan pujian kepada mereka.”

Beliau turut ditanya tentang harapan Liverpool dalam mengejar kejuaraan Premier League musim ini, dengan Van Dijk menjawab:

“Apa boleh kami katakan? Kita sekarang berada pada Disember, perjalanan masih panjang. Segalanya masih boleh berlaku. Kita lihat sekarang dengan pandemik lagi, dengan masalah kecederaan lagi.”

“Segalanya boleh berubah… Tidak ada sebab untuk kami lihat pada mereka (Manchester City) atau Chelsea atau pasukan lain pada ketika ini dan kami tak akan lakukan itu.”

“Kami sepatutnya tengok pada persembahan kami, kami perlu perbaiki dan bersedia untuk perlawanan seterusnya. Kami semua mahukan yang terbaik hari ini, itu sudah pasti, dan sayangnya kami tak cukup bagus dan mereka berhak untuk menang.”

Kekalahan ini menyebabkan Liverpool kekal di kedudukan kedua dalam carta liga, dengan mereka kini enam mata di belakang pendahulu saingan Premier League, Manchester City.

Liverpool juga pada ketika ini mengutip mata yang sama dengan Chelsea, namun mereka hanya dipisahkan dengan jumlah jaringan.

Sumber: Liverpool FC

BACA:  Ronaldo Akan Berdepan Dengan Kesukaran Bertemu Virgil Van Dijk