Video: Ronaldo Dilihat Mengajar De Gea Cara Menang Duel Dan Menghantar Bola Ke Atas

Cristiano Ronaldo dilihat memberi tunjuk ajar kepada David De Gea tentang bagaimana untuk memenangi duel dan terus melakukan build up serangan dengan menghantar bola ke atas.

Insiden itu berlaku ketika aksi terikat 1-1 Manchester United bertemu Atletico Madrid di Wanda Metropolitano awal pagi semalam.

Atletico Madrid memenangi sepakan penjuru seminit selepas sepak mula aksi babak kedua permainan dan Ronaldo ketika itu dilihat segera menghampiri De Gea untuk memberi tunjuk ajar sebelum sepakan sudut itu diambil.

Pemain berusia 37 tahun itu dilihat menunjuk beberapa isyarat kepada De Gea dengan aksi beliau itu dirakam secara langsung oleh kamera.

Kelemahan utama De Gea adalah ketika terlibat dengan duels di dalam kotak, terutama melibatkan sepakan penjuru dan sepertinya Ronaldo memberi tips atau mengajar beliau cara terbaik untuk berdepan situasi tersebut.

Ronaldo dilihat membincangkan tentang cara bagaimana United boleh memanfaatkan situasi tersebut dengan melakukan build up serangan pantas.

Beliau menunjukkan isyarat seolah-olah menyuruh pertahanan untuk push up lebih tinggi sebaik De Gea menyepak bola tersebut.

Para peminat yang melihat insiden tersebut merasa terhibur dengan tindakan Ronaldo dan menganggap beliau seolah-olah menjadi pengurus yang sedang beraksi bersama anak buahnya.

“Kamu lihat sendiri Ronaldo main peranan dengan memberi tunjuk ajar dan kongsi pengalaman dia dengan De Gea.”

“Saya ketawa. Tapi adakah De Gea tak rasa malu? Benda asas macam tu pun dia perlu diberi peringatan?”

“Melihat insiden ini, satu hal sahaja yang saya sangat yakin dan pasti, Ronaldo akan jadi seorang pengurus yang hebat.”

“Dia pemain, dia ketua tanpa armband dan dia juga pengurus, tapi orang masih lagi anggap dia punca kejatuhan Manchester United sekarang.”

“Saya rasa ini bukan kali pertama Ronaldo beritahu dia untuk keluar, tangkap bola dan terus melakukan hantaran.”

De Gea tidak diragukan lagi sememangnya antara penjaga gol terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, tapi satu hal yang tak boleh dinafikan adalah beliau sebenarnya sangat lemah untuk bermain build up dari bawah.

Paul Pogba sendiri bengang dengan sumbangan De Gea ketika aksi kemenangan 4-2 menewaskan Leeds United minggu lalu.

Kedua-dua De Gea dan Pogba dilihat bertikam lidah di atas padang dalam perlawanan yang dilangsungkan di Elland Road itu.

Pemain berusia 31 tahun itu baru-baru ini menyatakan yang beliau sebenarnya boleh bermain dari bawah namun kualiti pemain penyerang dalam saingan Premier League menjadikan hal itu sangat mencabar.

“Apa yang penjaga gol perlu lakukan adalah halang bola dari masuk, itu adalah hal paling penting.”

Jelas De Gea kepada laman rasmi UEFA.

“Dan kemudian, jika kamu ada bakat atau kualiti untuk bermain bola dengan kaki dan ada vision yang bagus, itu sungguh menakjubkan.”

“Saya sangat selesa bermain dengan kaki, bermain dari belakang, ikut aturan pasukan saya, tapi ia bergantung kepada jurulatih dan cara permainan itu.”

“Di Sepanyol, kami bermain dengan high defensive line, saya bermain cara ini sejak saya kanak-kanak lagi, tapi segelintir pemain mereka sangat pantas dan berbakat, dan jika tekanan tak cukup bagus, kamu akan ada masalah di belakang.”

Video: Ronaldo bengang bola tak sampai kepadanya

Cristiano Ronaldo jelas sekali sangat kecewa dengan persembahan rakan sepasukannya ketika aksi terikat 1-1 bertemu Atletico Madrid awal pagi tadi.

Manchester United turun bertemu Atletico Madrid untuk aksi leg pertama pusingan 16 terbaik saingan Champions League di Wanda Metropolitano.

Bekas pemain penyerang Real Madrid itu gagal untuk mencipta jaringan atau mencatatkan assists ketika aksi kepulangan semula beliau ke Ibu kota Sepanyol itu.

Beliau bahkan gagal untuk mencatatkan sebarang percubaan tepat dalam perlawanan tersebut dan hal itu benar-benar mengecewakan dirinya sendiri.

Manchester United terlebih dahulu ketinggalan dengan keputusan 1-0 selepas Joao Felix cemerlang menjaringkan gol yang sungguh menakjubkan untuk bantu Atletico mendahului perlawanan.

Manchester United walau bagaimanapun berjaya melakukan aksi comeback, dengan pemain gantian, Anthony Elanga muncul sebagai penyelamat mereka untuk menjaringkan gol penyamaan.

Walau bagaimanapun, Ronaldo jelas tidak gembira dengan beliau menggelengkan kepalanya ketika sedang berjalan meninggalkan padang selepas tamat perlawanan.

Ronaldo teruk dihentam atas aksi hambar yang beliau persembahkan, namun para peminat di media sosial tampil mempertahankan beliau dengan berkongsi video yang memperlihatkan bagaimana rakan sepasukannya gagal menghantar bola kepadanya.

Rakaman tersebut memperlihatkan Ronaldo sekadar menanti bola dari Victor Lindelof di dalam kotak penalti lawan ketika aksi babak pertama permainan.

Lindelof gagal menghantar bola tersebut kepada Ronaldo, dengan bola hantaran beliau sebaliknya meliar ke arah Luke Shaw yang sedang berada di sudut sebelah kanan padang.

Pemain kebangsaan England itu kemudiannya menghantar bola ke arah pemain Portugal itu namun bola hantaran beliau sekali lagi tersasar.

Marcus Rashford kemudiannya mengambil bola tersebut, dan turut mencuba untuk menghantar bola itu kepada Cristiano Ronaldo.

Walau bagaimanapun, bola hantaran dari Marcus Rashford jauh tersasar dan menyebabkan serangan United berakhir dengan kegagalan.

Pengguna twitter, @TotalElbichoo memuat naik video tersebut dengan menulis:

“Jika ada sesiapa yang beritahu kamu bahawa Ronaldo dapat bantuan yang baik di United, tunjukkan kepada mereka video ini.”

Klip video tersebut turut menekankan tentang analisis yang dilakukan oleh legenda Manchester United, Rio Ferdinand untuk BT Sport.

“Kamu ada kesempatan untuk melakukan hantaran lintang bertemu Atletico di halaman lawan, kamu ada orang di dalam kotak, lebih dari seorang.”

Jelas Ferdinand.

“Sini kamu lihat kekecewaan seseorang seperti Cristiano. Sejujurnya dia melalui malam yang sunyi.”

“Tapi siapa dalam kotak? Kamu ada dia seorang diri dan kamu ada lapan pemain Atletico yang memakai jersi merah putih di dalam kotak itu.”

“Lihat reaksi dia, ia menjelaskan semuanya, dia betul-betul kecewa.”

Ronaldo berjaya menjaringkan 15 gol sepanjang musim ini, selepas membuat 30 penampilan dalam semua pertandingan bersama setan merah.

Beliau walau bagaimanapun hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dari sembilan perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Pemain berusia 37 tahun itu tentu sekali sangat berharap akan mampu menjaringkan gol ketika aksi timbal balik pada 16 Mac nanti di Old Trafford.

Kedua-dua pasukan sedang berada di tahap persembahan terburuk mereka pada ketika ini, dan saingan Champions League merupakan satu-satunya kejuaraan yang mereka boleh miliki sepanjang musim ini.

Saingan liga dan domestik sepertinya sudah tidak ada harapan untuk kedua-dua pasukan menangi pada musim ini, dan kerana itulah mereka bakal berjuang habis-habisan dalam saingan Champions League.

Aksi leg kedua nanti sudah tentu sangat menarik untuk disaksikan dengan kedua-dua pasukan turun dengan misi untuk menang, seterusnya melayakan diri beraksi di peringkat suku akhir.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Scholes Tidak Terkejut Jika De Gea Mahu Berpindah Ke Real Madrid Pada Masa Hadapan