[VIDEO] Skill Sepakan ‘Outside Of The Boot’ Dungu Maguire Jadi Punca MU Dibolosi Athletic Bilbao

Harry Maguire sekali lagi membuatkan penyokong Manchester United berair mata apabila kesilapan pemain pertahanan terbaik dunia itu membenarkan Athletic Bilbao menjaringkan gol pembukaan dalam pelawanan persahabatan pada malam tadi.

Pemain pertahanan berusia 30 tahun itu dinafikan peranan sebagai kapten pasukan United oleh Erik ten Hag walaupun Red Devils turun tanpa Bruno Fernandes dalam perlawanan tesebut.

Sebaliknya pengurus dari Belanda itu menaruh harapan kepada penjaga gol simpanan, Tom Heaton untuk mengetuai pasukan dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Aviva pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Perlawanan tersebut menyaksikan Maguire berhadapan kesukaran sehingga melakukan kesilapan yang menjurus kepada gol pembukaan Bilbao.

Minit ke-29 perlawanan Maguire cuba melakukan hantaran ‘outside of the boots’ lepada rakan sepasukan tatkala diberikan tekanan di tempat sendiri.

Hantaran tersebut bagaimana pun berjaya dipintas oleh Inigo Lekue yang pantas menghantar bola kepada Oihan Sancet untuk serangan balas pantas.

Sancet tidak membuang masa dan menggunakan ruang yang ada untuk melakukan lorongan kemas ke arah Nico Williams yang berjaya menolak masuk bola menewaskan Heaton yang cuba meluru keluar untuk melakukan halangan.

Wartawan dan koresponden United, Samuel Luckhurst kemudiannya mengesahkan kesilapan tersebut menyebabkan Maguire dicemuh dengan teriakan ‘boooo…’ oleh penyokong Setan Merah.

Kesilapan tersebut turut menyebabkan pemain akademi Dan Gore – 12 tahun lebih muda daripada Maguire – menegur kesilapan pemain pertahanan England itu.

Ini bukan kali pertama bekas kapten United itu ditegur di atas padang selepas melakukan kesilapan mudah sebegitu.

Sebelum ini pemain baharu dan juga penjaga gol, Andre Onana dilihat menengking Maguire ketika kekalahan 3-2 kepada Borussia Dortmund.

It is not the first time the former United skipper has come under criticism from his teammates, with new signing Andre Onana berating him for a mistake during their 3-2 defeat to Borussia Dortmund.

Teguran oleh pemain berusia 18 tahun itu kepada Maguire jelas menunjukkan bekas pemain Leicester itu hilang penghormatan di bilik persalinan United.

Maguire juga dianggap sebagai kesilapan terbesar sepanjang sejarah kelab itu apabila menjadikan pemain itu sebagai kapten pasukan pada 2019.

Mujurlah Facundo Pellestri berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-93 perlawanan untuk mengelak United dimalukan oleh wakil Sepanyol itu.

BACA:  Sheikh Jassim Mahu Solskjaer Kembali Ke Old Trafford Jika Berjaya Ambil Alih Man Utd