Virgil van Dijk Ada Peranan Baru Bersama Belanda Di Euro 2020

Pemain pertahanan terbaik dunia sepanjang zaman, Virgil Van Dijk telah diberikan peranan baharu bersama Belanda di Euro 2020 walaupun tidak dapat beraksi kerana kecederaan.

Keputusan ini telah diambil oleh pengurus Belanda, Frank de Boer yang merasakan aura yang ada pada Virgil van Dijk tiada tara bandingnya lagi.

Sebelum ini Van dijk telah mengesahkan bahawa beliau tidak akan dapat beraksi di Euro 2020 dan menarik diri bagi memberi fokus kepada proses pemulihan.

Pemain pertahanan Belanda berusia 29 tahun ini telah terlepas majoriti perlawanan bersama Liverpool bagi musim 2020/21 kerana kecederaan ACL selepas bertembung dengan Jordan Pickford.

Menurut laporan Daily Mirror, Frank De Boer telah mempelawa Virgil van Dijk untuk menjadi ‘rakan tidak rasmi’ bagi staff belakang tabir Belanda.

Frank De Boer percaya, Virgil van Dijk mampu membawa impak positif dengan kehadirannya semasa EURO 2020.

Sudah tentu Van Dijk tidak akan menjadi ketua pasukan sorak Belanda namun De Boer percaya aura postifnya yang akan pasti membuatkan pasukan suka dan menyenangi kehadiran beliau:

“Virgil sangat penting untuk pasukan dan merupakan satu faktor motivasi yang hebat yang sentiasa menjadi perkara penting untuk pemain muda sejak beberapa tahun yang lalu.”

“Pasukan sukakan kehadiran beliau.”

Van Dijk hadir bersama Belanda minggu ini dalam perlawanan persahabatan menentang Scotland menyaksikan Belanda bangkit dua kali untuk seri 2-2 hasil jaringan Memphis Depay.

Jika Van Dijk tidak hadir mungkin Belanda akan tewas dengan mudah la kan? Nampak tak impak dari Van Dijk walaupun tidak beraksi.

Pada awal bulan mei menyaksikan Virgil van Dijk sendiri telah memohon supaya namanya tidak disenaraikan dalam pasukan Belanda untuk kejohanan EURO 2020.

Walaupun UEFA telah mengumumkan senarai skuad dibesarkan dari 23 pemain kepada 26 pemain untuk EURO kali ini, Virgil Van Dijk tidak mahu merugikan slot tambahan itu.

Virgil van Dijk telah mengalami kecederaan anterior cruciate knee ligament (ACL) dalam perlawanan menentang Everton pada oktober lalu selepas bertembung dengan Jordan Pickford.

Sejak kehilangan Virgil van Dijk, prestasi Liverpool mengalami kemerosotan teruk ditambah dengan kecederaan pemain utama yang lain dan hanya bangkit dalam 10 perlawanan terakhir.

Jika Livrpool merasai kehilangan Van Dijk maka sudah pasti Belanda juga akan terkesan dengan perkara yang sama namun ini memberi peluang kepada pemain lain untuk menonjol.

Selepas telah terlepas hampir semusim penuh, Van Dijk kini telah mula kembali untuk menjalani latihan ringan dan jika beraksi di EURO mungkin sesuatu yang buruk boleh terjadi.

Virgil van Dijk yang berusia 29 tahun mengambil keputusan menarik diri bagi memberi fokus kepada mendapatkan kembali kecergasan untuk menghadapi musim baharu.

Berdasarkan sejarah EURO, Belanda merupakan sebuah pasukan yang sangat digeruni dan telah mengangkat trofi European Championships pada tahun 1988.

Diantara tahun 1992 sehingga 2008 pula, Belanda telah menamatkan kempen EURO mereka tiga kali ditempat ketiga dan dua kali mara ke suku akhir.

Kegemilangan Belanda mula terhakis apabila gagal melepasi peringkat kumpulan pada EURO 2012 dan pada EURO 2016 mereka gagal mara ke kejohanan ini.

Untuk kejohanan EURO 2020 ini, Frank de Boer telah menyenaraikan 3 penjaga gol, 9 pemain pertahanan, 7 pemain tengah dan 10 penyerang.

Belanda diundi dalam kumpulan C yang dilihat amat mudah yang dihuni oleh Ukraine, Austria dan North Macedonia.

BACA:  Sungguh Gila dan Jahat Gol Patrik Schick, Gol Terbaik Euro 2020