Ole Mahu Gambar De Gea Dan Dean Henderson Senyum Ditangkap Ketika Latihan

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah membuat satu gurauan dengan punchline yang sangat padu apabila mahu gambar David De Gea dan Dean Henderson senyum ditangkap ketika sesi latihan.

David De Gea kini seakan telah hilang tempat sebagai penjaga gol utama kepada Dean Henderson yang semakin kerap menjadi pilihan Ole Gunnars Solskjaer sejak sebulan yang lalu.

Selain itu khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa David De Gea akan dilepaskan pada penghujung musim ini dan jika tidak laku dijual, Setan Merah sedia membayar pampasan.

Semua ini mungkin akan menjadi kenyataan kerana dengan melepaskan David De Gea yang bergaji £350,000 seminggu akan mengurangkan beban kewangan Manchester United.

Menjelang pertemuan menentang kelab La Liga, Granada di saingan Europa League, Ole Gunnar Solskjaer tidak mahu isu ini mengganggu fokus pasukan.

Dalam satu rakaman di satu sesi latihan jelas kedengaran suara Ole Gunnar Solskjaer bercakap mahu gambar kedua-dua penjaga gol Setan Merah tersenyum ditangkap.

“Dapatkan gambar penjaga gol tengah senyum. Bagi media di sini merupakan zon perang.”

Punchline yang penuh bersahaja yang dilontarkan oleh Ole Gunnar Solskjaer mungkin sambil membuat muka yang serius nyata berjaya menggeletek hati dan hempedu ramai.

Mereka yang tidak sukakan Ole Gunnar Solskjaer juga terhibur dan melabel pengurus Setan Merah itu sebagai pengurus paling kelakar di dunia.

“Walaupun aku menyokong #OleOut, aku harus akui bahawa Ole pengurus paling kelakar di dunia.”

Dalam ada yang mencintai Ole Gunnar Solskjaer ramai juga membencit tetapi jauh disudut hati masih mencintai Ole kerana perangai kelakar beliau ini.

Dean Henderson mula menjadi penjaga gol pilihan Ole Gunnar Solskjaer sejak Manchester United seri tanpa jaringan ketika menentang Crystal Palace.

Kemudian David De Gea mendapat cuti khas pulang ke Sepanyol untuk menyambut kelahiran anak pertamanya dan apabila kembali semula sehingga kini De Gea diketepikan.

Setakat ini, Ole Gunnar Solskjaer belum membuat keputusan penjaga gol mana yang akan diturunkan untuk perlawanan suku akhir Europa League menentang Granada.

Sudah menjadi kelaziman sebelum ini penjaga gol kedua akan diturunkan untuk perlawanan Europa League.

“David telah mempunyai tempoh 10 tahun yang menakjubkan di Manchester United dan beliau mempunyai pencabar.”

“Dean telah memberikan segalanya kerana semua orang mahukan tempat di dalam pasukan. Begitu juga dengan David dan ini satu persaingan yang sihat.”

Ole Gunnar Solskjaer menjelaskan bahawa penjaga gol mempunyai hubungan yang erat berbanding dengan pemain di posisi lain kerana mereka mempunyai set latihan yang berlainan.

“Penjaga gol merupakan sekumpulan pemain yang erat. Mereka kerja bersama untuk persediaan, mereka mempunya sesi gym, sesi individu yang berlainan berbanding pemain yang lain. Mereka lebih banyak habiskan masa bersama.”

“Secara semulajadi, mereka telah mencipta ikatan dan semangat yang erat untuk penjaga gol kelab. Tapi ini satu persaingan yang sihat.

Sebagai pemain bola sepak profesional, Ole Gunnar Solskjaer yang juga merupakan bekas pemain faham bahawa semua pemain mahu beraksi sebanyak yang boleh.

“Kedua-dua mereka sangat penting, mereka semua mahu bermain. Situasi ini sama untuk Lee Grant, Nathan Bishop dan Sergio Romero, mereka juga mahu beraksi dan ini satu persaingan yang aku suka.”

“David telah menjadi penjaga gol terbaik dan masih lagi tebaik. Mereka bekerja keras dan bersedia untuk beraksi.”

“Jika Dean atau David, aku sangat selesa dengan mereka berdua dan aku amat gembira apabila tiada seorang pun yang gembira apabila tidak dapat bermain.”

Selain kelakar, Ole Gunnar Solskjaer juga telah berjaya memberikan saingan yang sihat kepada David De Gea yang sudah lama selesa tanpa persaingan untuk posisi penjaga gol utama.

BACA:  David De Gea Sajikan Dunia Dengan Aksi Bodoh, Mujur Menang