Peminat England Salahkan Wilkinson Ajar Kane Perkara Bukan-Bukan

Peminat England kini mula menyalahkan legenda ragbi mereka, Jonny Wilkinson kerana telah mengajar Harry Kane sepakan penalti yang diguna pakai dalam sukan ragbi.

Kesalahan cuba diletakkan ke atas Jonny Wilkinson gaga-gara satu video yang kembali tular selepas Harry Kane melakukan sepakan penalti dengan bulan dijadikan sasaran.

Rekod Harry Kane dari spot penalti itu sangat baik denga 84% kejayaan yang sangat kukuh untuk kelab dan negara, yang telah menjangkau kerjaya profesional selama 13 tahun.

Tetapi 16% kegagalan itu tidak sepatutnya berlaku dalam perlawanan England menentang Perancis kerana dia kalah dalam pertempuran akal menentang rakan sepasukan kelabnya Hugo Lloris. Tapi itulah terjadi.

Video itu adalah satu kisah komedi yang telah difilemkan untuk Sport Relief pada 2018, ketika legenda Ragbi England Wilkinson tampil untuk mengajar Kane cara memenangi Piala Dunia.

Harry Kane terlebih dahulu membuat satu sepakan penalti yang berjaya menerjah gawang sambil diperhatikan Jonny Wilkinson yang agak berkerut dahinya melihat sepakan leret Kane.

Jonny Wilkinson: Tidak, tidak, salah tu.

Harry Kane: Tapi bola masuk kot?

Jonny Wilkinson: Ah! Biar aku tunjukkan.

Diawasi oleh pelawak John Bishop, bekas pemain fly-half itu membimbing Kane tentang cara mengambill penalti sebelum mengajarnya teknik untuk mengambil penalti dengan merembatnya terus melepasi palang untuk tiga mata, bukannya ke dalam gawang.

Jonny Wilkinson: Macam tu lah kau kena buat.

Harry Kane: Tapi sepakan berbatu-batu ke laut.

Jonny Wilkinson seperti terkejut melihat Kane terkejut dengan sepakannya dan menjelaskan dengan cara itulah dia menang Piala Dunia dengan England.

Jonny Wilkinson: Macam tu lah aku menang Piala Dunia dengan England.

Harry Kane bersetuju dengan fakta dinyatakan oleh Jonny Wilkinson dan tidak akan menang dalam pertengkaran itu lalu mencuba melakukan satu sepakan menggunakan teknik Wilkinson dengan jayanya.

Percubaan Harry Kane itu mendapat pujian Jonny Wilkinson dan disambut dengan tepukan oleh bekas bintang Toulon, yang memberitahunya:

“Lebih baik, Harry. Itu dia!”.

Empat tahun kemudian, Harry Kane telah melakukan teknik yang sama di perlawanan suku akhir Piala Dunia 2022 ketika menentang Perancis namun telah membawa England pulang awal.

Satu teknik yang sama tetapi membawa kesan yang berbeza teruk keranad dilakukan bukan pada tempatnya tetapi inilah punca dan jawapan kepada kegagalan sepakan penalti Kane.

Pada Piala Dunia 2003 England telah muncul juara di Piala Dunia Ragbi dengan menewaskan Australia melalui drop kick yang dilakukan pemain legenda England, Jonny Wilkinson.

Perlawanan akhir menyaksikan kedudukan terikat 14-14 membawa ke masa tambahan dan England mendahului 17-14 namun Australia yang degil bangkit mengikat kembali.

Ketika kedudukan masih terikat dengan mata jaringan 17-17 di masa tambahan dengan permainan berbaki kurang dua minit permainan dilihat akan dibawa ke penentuan sepakan penalti.

Namun Jonny Wilkinson muncul untuk menjadi wira England dan mengukuhkan namanya dalam permainan ragbi dengan melakukan satu drop kick yang membawa England muncul juara.

Itu kisah kejayaan Johhny Wilkinson dan Harry Kane telah melakukan perkara yang sama namun gagal teruk kerana melakukan dalam sukan yang berbeza.

Jika Harry Kane tidak menuntut ilmu bukan-bukan dan berjaya menyempurnakan sepakan penalti maka England dapat mengheret perlawanan ke masa tambahan. Menang kalah belum pasti tapi sekurang-kurangnya mendapat talian hayat.

Kapten England itu tidak mungkin menganggap video itu lucu lagi selepas kegagalannya menyebabkan Three Lions terjerumus ke dalam satu lagi kesedihan Piala Dunia walaupun menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman bersama negaranya pada malam yang sama.

Penalti pertamanya membolehkannya menyamakan kedudukan dengan Wayne Rooney dengan 53 gol antarabangsa, tetapi Kane terlepas peluang untuk memecahkan rekod itu dengan meletakkannya di atas palang dari jarak 12 ela dengan permainan hanya berbaki beberapa minit sahaja.

BACA:  Statistik Hambar Kane Memberi Gambaran Jelas Beliau Tiada Hati Mahu Bersama Spurs