Ronaldo Tolak Lakukan Hal Ini Bersama Juventus, Tapi Beliau Lakukannya Bersama United

Cristiano Ronaldo tolak lakukan hal ini ketika bersama Juventus, tapi beliau lakukannya ketika bersama Manchester United, apakah hal itu?

Pemain kebangsaan Portugal itu menolak untuk bermain sebagai centre foward ketika kariernya di Turin, yang mana beliau kini bermain di posisi itu di Old Trafford.

Hal itu telah disahkan oleh Giancarlo Marocchi, yang membuat pemerhatian selepas aksi debut kedua Cristiano Ronaldo bersama setan merah hujung minggu lalu.

Pengurus Man Utd, Ole Gunnar Solskjaer dengan segera menurunkan Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama beliau ketika aksi kemenangan 4-1 menewaskan Newcastle di Old Trafford.

Pemenang lima kali anugerah Ballon D’or itu bermain di posisi centre foward dengan beliau berjaya menjaringkan dua gol dalam aksi debutnya itu.

Walau bagaimanapun, bekas pemain midfield Juventus, Marocchi kini telah mengeluarkan dakwaan yang menyatakan bahawa pemain berusia 36 tahun itu sebelum ini menolak untuk bermain di posisi centre foward ketika kariernya di Turin.

Menurut laporan dari Football Italia, penyampai Sky Sports Itali itu menyatakan bahawa:

“Saya perasan semalam dia bermain di posisi centre foward, yang mana ia merupakan satu hal yang beliau tak mahu lakukan ketika beraksi bersama Juventus.”

Ronaldo berjaya menjaringkan 101 gol yang sungguh luar biasa menakjubkan dari 134 penampilan bersama Juventus di bawah kendalian Massimiliano Allegri, Maurizio Sarri dan Andrea Pirlo.

Pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu kerap bermain di posisi sayap kiri sepanjang kariernya di Turin, namun beliau juga sesekali bermain di bahagian central untuk bertindak sebagai ‘second striker’ ketika bergandingan bersama Mario Mandzukic.

Bekas pengurus Juventus, Sarri pada tahun 2019 berhasrat untuk menggunakan Ronaldo sebagai centre foward berbanding meletakkan beliau di posisi sayap.

Solskjaer baru-baru ini memuji impak yang ditunjukkan oleh Cristiano Ronaldo ketika aksi debutnya di Old Trafford, dengan beliau mendedahkan yang legenda Manchester United itu diberi peranan bebas ketika aksi bertemu Newcastle itu.

“Dia merupakan jenis pemain yang berbeza ketika dia ada di sebelah kiri, tapi dia masih seorang yang aggressive dan penjaring gol yang klinikal.”

“Dia boleh hidu kesempatan besar dan ketika ada kesempatan, dia akan berubah menjadi pemain yang jauh lebih bagus berbanding siapa dia ketika mula-mula berada di sini dulu.”

“Kadang kala dia pergi ke tepi dan berpaling dan dia juga melakukan penyudah dari sana. Adakah kamu tak mahu gunakan pemain seperti ini?”

“Deria dia dalam menghidu detik besar, bila perlu berlari masuk ke kotak dan bila perlu berlari dari belakang. Dia bermain dengan sangat mudah dan tidak banyak buang bola. Saya rasa dia sempurna.”

Selepas mempamerkan aksi yang cemerlang ketika debutnya, para peminat tentunya sudah tidak sabar mahu lihat aksi debut Ronaldo di pentas Champions League bersama Manchester United.

Beliau bersama rakan sepasukannya bakal turun berdepan dengan Young Boys dalam aksi peringkat kumpulan F saingan Champions League.

Para peminat tentunya mengharapkan agar Ronaldo terus meledak gol dan membantu setan merah untuk memenangi Piala pertama mereka di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Pada 19 September nanti, Manchester United bakal berkunjung ke London Stadium untuk beraksi bertemu West Ham United dalam aksi saingan liga.

Mereka kini berada di kedudukan pertama dalam carta liga, berkongsi kutipan mata dan jumlah gol yang sama dengan Chelsea dan Liverpool.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Manchester United Umum Perubahan Di Stretford End