Selepas Ronaldo, Pemain Itali Ini Pula Mengalihkan Botol Minuman Coca-Cola Ketika Sidang Media

Pasukan Itali telah menempah slot ke pusingan kedua Kejohanan Eropah selepas dengan mudah menundukkan cabaran Switzerland tiga jaringan tanpa balas semalam, dan pemain tengah, Manuel Locatelli muncul pemain terbaik perlawanan selepas menjaringkan dua gol.

Pemain yang bermain untuk kelab Serie A, Sassuolo, tersebut membuka jaringan pada minit ke-26, selepas dengan mudah menolak masuk bola hantaran rakan sepasukan dari kelab yang sama, Domenico Berardi.

Pada minit ke-52, Locatelli sekali lagi menggegar gawang Switzerland apabila melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 2-0. Pada penghujung perlawanan, Ciro Immobile turut mencatatkan nama sebagai penjaring sekaligus memberikan kemenangan 3-0 yang kedua beruturut-turut buat pasukan bakal juara tersebut.

Selepas diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan, Locatelli dijemput untuk hadir ke sidang media bagi memberikan sepatah dua kata tentang perlawanan menentang Switzerland tersebut, dan juga prestasi pasukan Itali dalam kejohanan setakat ini.

Sebenarnya kalau nak ikutkan, Locatelli bukanlah seorang penjaring gol yang tegar bersama pasukan Itali di maan dia sekadar menjaringkan satu gol dalam 11 perlawanan. Di peringkat kelab pula, Locatelli hanya menjaringkan empat gol dalam 34 perlawanan sepanjang musim.

Tapi itulah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Tuhan saja yang tahu.

Menariknya, sebelum duduk di kerusi di depan para wartawan, Locatelli telah mengikut jejak langkah pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, dengan mengalihkan dua botol minuman bikarbonat Coca-Cola di depannya.

Bagi mereka yang belum tahu, sebelum ini Ronaldo telah bertindak mengalihkan dua botol Coca Cola di depannya dan menjerit “Air!” sebelum sidang media bermula. Tindakannya tersebut menyebabkan nilai saham Coca Cola susut sebanyak RM16.5 billion di bursa.

Lagipun, Ronaldo memang dikenali sebagai seorang yang sangat menjaga badan dan mengelakkan dirinya daripa meminum minuman manis seperti Coca Cola.

Ketika majlis anugerah di Dubai iaitu Globe Soccer Awards pada tahun 2020, Ronaldo telah mendedahkan betapa beliau tidak sukakan anaknya meminum minuman bergas dan makanan ringan.

Anaknya bercita-cita menjadi pemain bola sepak yang hebat namun tabiat pemakanan itu telah merisaukan Ronaldo.

“Dia ada potensi. Kita akan lihat jika anak aku akan menjadi pemain bola sepak handalan atau tidak.”

“Kadang kala dia minum Coke dan makan kerepek dan itu sangat menjengkelkan aku dan dia tahu perkara ini.

Cristiano Ronaldo seperti risaukan tabiat pemakanan anaknya itu dan juga tidak lagi bersedia mengikuti rutin untuk menjadi seoarang ahli sukan yang penuh berdisiplin.

“Kadang aku memberitahu anak aku supaya berendam dalam air sejuk untuk proses pemulihan selepas berlari di treadmill dan dia kata ‘Sejuk sangat la abah’.”

“Okay la kot, dia baru berusia 10 tahun.”

Semalam, selepas Locatelli mengalihkan botol tersebut, ada orang cuba buat kelakar dengan mengatakan acqua yang bermaksud air dalam bahasa Itali. Memandangkan Locatelli ni seorang yang berhati mulia, dia buat-buat gelak untuk mengambil hati orang tu.

Tak tahulah apa salah Coca Cola sampaikan diperlakukan sedemikian rupa.

Sebelum Locatelli, bintang Perancis, Paul Pogba turut melakukan perkara yang sama, mengalihkan botol minuman di depannya sebelum sidang media dan bezanya, Pogba mengalihkan botol arak, bukan botol minuman ringan.

Tindakan Pogba, sebagai seorang Muslim, dipuji ramai. Iya lah, arak ni banyak buruk daripada baiknya.

Jadi, secara tidak langsung Pogba telah menyampaikan satu mesej yang berguna kepada masyarakat di seluruh dunia.

Tidak dapat dipastikan apa yang akan terjadi kepada nilai saham Coca Cola selepas tindakan yang dibuat oleh Locatelli ini.

Selepas nilai saham mereka menjunam dari USD$56.10 ke USD$55.20 seunit, Coca Cola dikatakan tidak berpuas hati dengan apa yang Ronaldo lakukan. Malah, tindakan Ronaldo itu sebenarnya mengundang rasa tidak senang kepada UEFA juga.

Hal ini kerana syarikat minuman gergasi tersebut telah menjadi rakan minuman rasmi Kejohanan Eropah sejak tahun 1980-an lagi dan mereka telah berbelanja jutaan dollar untuk mendapatkan hak rasmi ini.

Bagaimanapun, syarikat tersebut mengambil pendekatan dengan memberikan jawapan yang tenang.

“Semua orang mempunyai pilihan minuman maing-masing dan setiap insan mempunyai citarasa dan keperluan yang berbeza.

“Pemain ditawarkan air, bersama Coca Cola dan Coca Cola Tanpa Gula, apabila datang ke sidang media.”

BACA:  Bjorn Kuipers: Pengadil Perlawanan Akhir Euro 2020 Yang Pernah Cakap F**k You Atas Muka Marco Verratti