Tak Dapat Beli Pemain, Erik Ten Hag Potong Rumput Padang Latihan

Prestasi Manchester United dalam jendela perpindahan menyaksikan tiada pemain yang diidamkan berjaya diikat setakat ini dan Erik Ten Hag sambil menunggu perkembangan positif telah mengarahkan rumput padang latihan dipotong.

Rumput yang diarahkan dipotong oleh Erik Ten Hag ini bukanlah untuk menghabiskan masa sementara menanti pemain yang dibeli tidak kunjung tiba tetapi untuk digunakan sebagai persediaan di mana latihan pra-musim akan bermula.

Beberapa orang pemain Manchester United tidak menghabiskan masa cuti mereka dengan sekadar befoya-foya dan masih latihan membuat latihan persendirian bagi mengekalkan kecergasan dan ada yang melakukan latihan berat.

Tetapi kini masa sudah tiba untuk mereka akan merasai pengalaman pertama dibimbing oleh Ten Hag dan kakitangannya melalui latihan yang disediakan.

Menurut The Mirror, Ten Hag telah mengarahkan kakitangan padang untuk memangkas rumput sehingga tepat ukurannya 15mm untuk membolehkan pemain meningkatkan tahap kepantasan supaya pemain dapat mengikut gaya hantaran corak permainan yang dia mahukan.

Ia juga dipercayai bahawa penurus dari Belanda itu akan memantau tahap kecergasan keseluruhan pemainnya untuk tempoh dua hari pertama latihan

Aspek kecergasan sudah pasti akan menjadi keutamaan sebalik kembali dari cuti diterapkan bersama latihan hantaran bukannya hanya latihan berasaskan kecergasan semata-mata.

Ten Hag berharap dapat mencontohi apa yang dicapai oleh Sir Alex Ferguson di kelab itu, dan nampaknya dia akan melaksanakan peraturan yang pertama kali diperkenalkan oleh Ferguson.

Bekas jurulatih Ajax itu memberitahu pemainnya bahawa mereka mesti makan bersama dan bersosial bersama selepas latihan dalam usaha untuk meningkatkan semangat berpasukan dan suasana keseluruhan di bilik persalinan.

Sejak Ferguson bersara, tradisi pemain makan bersama perlahan-lahan pudar dan hilang dengan pemain dikatakan akan makan di restoran kakitangan pada bila-bila masa yang mereka mahu dan ada beberapa pemain terus pulang ke rumah atau ke gim selepas latihan.

Mulai sekarang, dilaporkan Erik Ten Hag dan kakitangan yang menjadi tulang belakangnya akan turut serta bersama pemain semasa waktu makan.

Hubungan dan interaksi antara pemain penting di dalam padang dan untuk mewujudkan keserasian itu, hubungan ini boleh dimulakan di meja makan.

Manchester United sudah bersedia untuk jelajah pra-musim ke Australia dan Asia Tenggara pada bulan Julai.

Dengan perlawanan menentang Liverpool dijadualkan di Bangkok dan kemudian mereka akan menentang Crystal Palace dan Aston Villa di Australia.

Setan Merah sudah pasti mahu berusaha keras untuk meningkatkan prestasi di bawah kendalian Erik Ten Hag pada musim baharu selepas kempen 21/22 yang suram.

Di mana mereka menduduki tempat keenam dengan kutipan mata paling rendah dalam Liga Perdana kelab.

Kehadiran dan perlantikan Erik Ten Hag bukanlah untuk menghadirkan kejayaan segera namun dilihat lebih kepada untuk kembali membina pasukan bagi mencari kembali kegemilangan yang menghilang bersama persaraan Sir Alex Ferguson.

Erik Ten Hag diawal perlantikan telah menyatakan Manchester United tidaklah teruk kerana mereka ditempat kedua liga pada dua musim yang lalu sebelum menjadi kelakar teruk.

Anasir jahat dan barah di dalam kelab kebanyakkannya telah pun dibuang dari pemain yang membuat dokumentari, pengurusan, Ed Woodward yang membeli pemain ikut kehendak sendiri serta dua kepala peninjau bakat juga telah meletakkan jawatan.

Situasi Manchester United sejak 3-4 musim lalu menjadikan mereka mangsa dipasaran perpindahan apabila sukar untuk mendapatkan pemain berkualiti pada harga pasaran dan harga masuk akal.

Musim panas ini tiada pemain yang mahu datang melainkan dengan harga yang menggunung dan pemain yang mahu dilepaskan pula seperti tiada pasukan yang berminat.

Kelab itu masih menunggu tandatangan pertama mereka pada jendela perpindahan, tetapi dikatakan bahawa perjanjian untuk membawa pemain tengah Barcelona, ​​Frenkie de Jong ke Old Trafford semakin hampir.

Dengan latihan pra-musim sudah tiba dan masih tiada seorang pun pemain baru masuk sukan untuk Erik Ten Hag merencanakan corak permainan dan pasukan.

BACA:  Tuchel Dah Mula Gigil Dengar Ten Hag Laung Amaran Kat Bayern: "Kami Boleh Tewaskan Mana Mana Pasukan"